'Angkat tangan pun Anwar dah tak mampu'

2015-09-01 4

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mendakwa kali terakhir beliau berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta, minggu lalu mendapati kesihatan bekas ketua pembangkang itu cukup merisaukan.

Katanya, akibat masalah di kedua-dua bahunya, Anwar tidak boleh mengangkat tangannya seperti sebelum ini.

Pada perbicaraan itu, wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan menghampiri Anwar dan tiada gambar terbarunya berjaya dirakamkan.

Free Traffic Exchange