Hujan lebat gagal menyekat sekumpulan mahasiswa mengadakan demonstrasi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Menamakan diri mereka “Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara”, kumpulan itu berarak kira-kira 1.5 kilometer bermula dari Bank Negara hingga ke Dataran Parlimen dan berikrar terus tinggal di situ sehingga mendapat jawapan daripada Najib sendiri.
Mereka antaranya tidak puas hati sekitar kontroversi 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib.