PERKASA mahu MARA jual tanah biayai pelajar

2015-09-01 9

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan Majlis Amanah Rakyat (MARA) suapaya menjual tanahnya yang bernilai RM63 juta di Australia termasuk aset lain supaya dapat membiayai pelajar yang tidak mendapat biasiswa dan pinjaman pelajaran di luar negara.

Katanya seramai 40 orang pelajar mengadu kepadanya mengalami masalah kewangan dalam meneruskan pelajaran kerana tidak mendapat biasiswa dan pinjaman dari MARA.