Mahathir sokong kuasa rakyat untuk berhimpun

2015-09-01 3

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat menunjukkan kuasa berhimpun sebagai membantah apa yang berlaku dengan keadaan negara hari ini.

Berucap di Stadium Pasir Gudang, Johor pada program bual bicara bertajuk: "Malaysia hari ini: Ke Mana kita” beliau berkata, rakyat terpaksa mempamerkan kuasa, kerana undang-undang negara kini dicabuli.