Najib: Demo jalanan tak cerminkan kematangan

2015-09-01 32

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program yang menyaksikan ekonomi negara terus berkembang dan berada di landasan yang betul ketika ketidak-tentuan ekonomi global dan rantau.

Justeru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan menolak segala bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan tidak mencerminkan kematangan rakyat.