Pengikut Syiah dihadapkan ke mahkamah 7 Jun

2015-08-21 17

Siasatan terhadap empat pengikut Syiah yang ditahan di Sri Gombak, Kuala Lumpur sewaktu menyambut ulangtahun kelahiran puteri Rasulullah SAW - Fatimah Az-Zahra-semalam dijangka selesai hari ini.

Mereka juga dijadualkan akan di bawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat untuk sebutan kes petang ini.

Keempat-empat pengikut tersebut iaitu Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin disiasat mengikut peruntukan seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.