'Otak Mat Sabu diletak di atas kepala lutut'

2015-08-20 25

Sejurus memulakan ayat pertama dengan bertempik perkataan "lanyak", Kamarudin berdiri dan mundar mandir di hujung pentas dan bukan di rostrum sambil memberikan amaran kepada Mohamad.

"Kalau jumpa Mat Sabu, yang pertama saya hendak tempeleng dia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh peserta yang rata-ratanya orang Melayu.

Beliau juga menggelar Mohamad sebagai meletakkan otak di kepala lutut, "robot DAP dan PKR", celupar dan kurang ajar - yang menyebabkan beliau mahu "merebusnya" hidup-hidup.

Kamarudin yang juga pegawai askar Wataniah berkata, sekiranya komunis berjaya dalam perjuangan, Mohamad tidak akan menjadi timbalan presiden PAS dan parti Islam itu tidak akan menjadi parti politik kerana "komunis antiagama".

Beliau juga mengingatkan pengorbanan ratusan ribu tentera Melayu dan keluarganya yang menderita akibat melawan komunis menjelang kemerdekaan sebelum ini.

"(Seramai) 200,000 askar dan polis kita derita. Panggil dia (Mohamad) kalau berani.

"Celaka!" katanya bersemangat yang menyebabkan hampir semua peserta bangun daripada tempat duduk dan memberikan tepukan.

Di sebalik ucapan berapi-api, Kamarudin turut ketawa antaranya apabila mendakwa pernah menuntut ilmu kebal di Rawang dan pernah kebal selama empat tahun.

Berita Sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/175877

Jurukamera: Amir Abdullah

Penyunting: Tan Jiun Wuu

Free Traffic Exchange