Insiden UPSI: Mahasiswa bekalkan bukti kepada polis

2015-08-20 12

Sekumpulan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum dan bukti bergambar berhubung dakwaan kekasaran polis ke atas diri mereka pada ambang Tahun Baru 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Memorandum berkenaan memuatkan testimoni dan keterangan beberapa orang saksi dan gambar berhubung kejadian berkenaan yang menyaksikan seramai 17 mahasiswa ditahan manakala dua lagi didakwa cedera.

Full Story: http://www.malaysiakini.com/news/185882

Jurukamera/Penyunting: Tan Jiun Wuu