Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan secara purata lapan kanak-kanak terbunuh atau cedera parah setiap hari akibat perang saudara yang tercetus di Yemen.
Laporan 'Yemen: Kanak-kanak di bawah ancaman' itu juga mendedahkan situasi negara itu semakin tegang mulai 25 Mac lalu dan juga digambarkan sebagai tempat paling menakutkan di dunia bagi kanak-kanak.