Bekas anggota exco Kelantan Husam Musa bertegas tiada konspirasi berlaku walau keputusan untuk membentuk barisan anggota exco yang baru dibuat tanpa penyertaannya. Sungguhpun begitu, beliau mengakui terguris dengan tindakan sahabatnya dalam kepimpinan parti negeri yang tidak memaklumkan keputusan berkenaan terlebih dahulu kepadanya.