Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini.Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.
Tiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di tempat ke-5, manakala anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh di tempat keenam dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di tempat ketujuh.