Sebuah Badan Hak Asasi Kaum India(NIAT) masih menunggu surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan perhimpunan di luar kawasan bangunan Parlimen pada hari pertama persidangan ,24 Jun depan.
Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), meminta agar tayangan filem kontroversi Tanda Putera dibatalkan serta menggesa agar novel karya Sasterawan Negara,Abdullah Huseein, Interlok dihapuskan.