Tanggapan orang ramai terhadap keberkesanan kerajaan melawan rasuah kini jatuh menjunam,menurut Barometer Rasuah Global (GCB) Transparency International-Malaysia.
Tinjauan umum yang dijalankan antara September 2012 dan Mac 2013 menunjukkan, hanya 31 peratus responden merasakan kerajaan mampu menangani rasuah, jatuh daripada angka 49 peratus pada tahun 2011.