Mahkamah Rayuan Putrajaya bersetuju menangguhkan prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar Ibrahim dalam kes liwat II hari ini dan menetapkan 1 ogos untuk pengurusan kes.Perbicaraan ditangguh berikutan keadaan kesihatan ketua peguam bela, Karpal Singh masih tidak mengizinkan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Anwar mempersoalkan pelantikan peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu