Ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini adalah tidak dibenarkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk P Kamalanathan.
Bagaimanapun, katanya, larangan itu tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa".