Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membantu warga kota membuat petisyen bagi membantah cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menaikkan cukai taksiran bagi rumah dan unit perniagaan mereka.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata ramai warga kota yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan cukai yang membebankan itu tetapi mereka tidak tahu bagaimana membuat rayuan.