Koyak usul: Bung tak gentar dengan serangan cyber trooper

2015-08-15 5

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui menerima "serangan" bertali arus daripada penyokong parti pembangkang berikutan tindakannya yang mengoyakkan usul Pakatan Rakyat di persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu,

Katanya, kritikan "pedas" itu, bagaimanapun, tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, beliau akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.