Zahid tercium usaha pemimpin Umno cuba jatuhkan k'jaan

2015-08-15 7

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau dapat mencium usaha seorang pemimpin Umno yang sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Berucap semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Datuk Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini, katanya, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan, kumpulan berkenaan sedang menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan kerajaan.