PAS hari ini mempelawa Umno untuk bermuzakarah sekiranya parti itu benar-benar ikhlas mahu melaksanakan hukum Islam di negara ini.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ucapan penggulungan Muktamar ke 59 di Shah Alam berkata PAS bersedia dengan barisan pakar ulama dan peguamnya untuk tujuan muzakarah itu.