Proses pengundian memilih kepimpinan PAS bagi tahun 2013-2015 yang bermula petang ini menghadapi masalah teknikal.
Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata pengundian bagi jawatan AJK PAS Pusat akan ditunda keesokan harinya.
Bermula jam 4 petang tadi, seramai 1,120 perwakilan mula mengundi bagi memilih
Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat.