Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan diadakan supaya mengelakkan pengusaha atau peniaga menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya ataupun mengawal harga barangan,
Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin mengetahui tentang undang-undang persaingan dan bagaimana kerajaan melihat amalan kartel dan monopoli dalam menetapkan harga dan menafikan hak pengguna.