Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan Dewan Rakyat bahawa cuti 40 hari yang diperuntukkan kepada penjawat awam beragama Islam adalah munasabah dan mencukupi.
Katanya, sekiranya kakitangan awam memerlukan cuti yang lebih panjang, mereka mesti menggunakan cuti rehat atau mana-mana cuti lain.