Kazim Elias keluar PAS, kecewa diibaratkan akan dimakan serigala

2015-08-15 15

Pendakwah bebas Kazim Elias mengisytiharkan dirinya meninggalkan PAS dan membidas pihak-pihak yang melabelkannya sebagai binatang dan munafik. Katanya, beliau sangat kecewa kerana difitnah sedemikian sedangkan dirinya cuba menegakkan Islam secara dakwah sejak bersama parti itu.

Keputusannya itu dibuat selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selam kira-kira sejam hari ini.