Kontraktor 'bumbung masjid runtuh' terus diberi projek - PAS

2015-08-15 9

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata meskipun Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kontraktor yang bertanggungjawab terhadap keruntuhan bumbung telah disenarai-hitamkan, tetapi semakannya mendapati kontraktor yang sama terus diberikan projek lain.

Beliau berkata contohnya, kontraktor yang membina bumbung Masjid Tebauk, Bukit Tunggal di Kuala Terengganu yang runtuh bulan lalu adalah kontraktor yang sama membina bumbung Masjid Batu Putih di Kemaman pada tahun 2009.

Free Traffic Exchange