Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata ekuiti bumiputera dalam sektor swasta setakat 2011 mencecah 23.45 peratus. Menjawab soalan Ong Kian Ming (DAP-Serdang), beliau mendakwa kerajaan mempunyai program khusus untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bagi bumiputera di Sabah dan Sarawak tetapi tidak memberikan butirannya.