Selepas 77 hari membina rintangan menghalang kerja-kerja di Empangan Murum, komuniti Penan dari Belaga, Sarawak pada awal minggu ini akhirnya akur dan membenarkan kerja-kerja mengisi air di empangan itu diteruskan.
Namun menurut peguam pejuang hak tanah adat pribumi, Abun Sui Anyit, komuniti Penan itu sebenarnya ditipu dengan taktik kerajaan negeri yang menyogok setiap keluarga dengan tambahan RM8,000.