Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu melayan soalan wartawan Kinitv yang ingin tahu jika keadaan banjir yang semakin buruk di Pahang akan memberi kesan kepada pusat memproses nadir bumi, Lynas yang terletak di Gebeng.
Katanya, soalan itu tidak relevan dan dari segi keselamatan darurat tidak perlu diisytiharkan di Pahang.