Terpulang kepada BN naikkan harga, rakyat tak perlu ke jalanan, kata Ibrahim Ali

2015-08-15 4

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berpendapat siri kenaikan kos sara hidup tidak mewajarkan orang ramai untuk turun ke jalanan sebagai tanda protes.

Katanya, sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU-13 yang lalu, terpulang kepada BN untuk menentukan sama ada harga barang wajar dinaikkan mahupun subsidi dikurangkan.