Isu Syiah: PERKASA gesa Mat Sabu, Zahid duduk semeja

2015-08-15 2

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Mohamad Sabu mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan tuduhan "Syiah" ke atas timbalan presiden PAS itu.

Menurutnya, usaha untuk menyelesaikan tuduhan tersebut secara tertutup akan memberi kebaikan kepada umat Islam di negara ini.