RAT ikrar terus perjuangkan isu semasa melalui seni

2015-08-14 4

Rumah Anak Teater atau singkatannya R-A-T berikrar akan terus memperjuangkan isu semasa di negara ini meskipun kumpulan yang dianggotai oleh pengiat muda seni ini menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan aktiviti mereka.

Menurut Penerbit Eksekutif RAT, Faisal Mustaffa berkata selain masalah kewangan kumpulan itu juga seringkali menghadapi tekanan politik apabila cuba membicarakan sesuatu isu.