Kalimah Allah: Muhyiddin pertahan tindakan NGO, Umno Selangor

2015-08-14 6

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) dan Umno Selangor berhubung isu Pengarang Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew, yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah pada perhimpunan mingguannya di semua gereja.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam saja.

Semalam Umno Bahagian Shah Alam, Klang, Kapar, Kota Raja, Tanjung Karang dan Sabak Bernam membuat laporan terhadap Andrew, menuntutnya memohon maaf selain mahu tindakan dikenakan terhadapnya.