Tinjauan - bukan kangkung saja tapi keperluan lain juga naik

2015-08-14 3

Jika Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada ucapannya di Kemaman, Terengganu berkata rakyat seharusnya memuji kerajaan kerana harga kangkung kini sudah turun, namun tinjauan KiniTV mendapati kenyataan itu tidak tepat.

Malah, tinjauan wartawan Elaine Tiu bersama jurukamera Terry Wee di pasar Pudu, ibu negara mendapati bukan sahaja harga kangkung yang meningkat tetapi barangan keperluan lain juga naik secara mendadak.