Perangi rasuah: Ambiga cabar Najib isytihar harta

2015-08-14 5

Bekas Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mencabar Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya mengisytiharkan hartanya bagi membuktikan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah.

Ketika membuat cabaran itu, Ambiga juga berkata bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diketuai seseorang yang boleh memaksa perdana menteri berbuat demikian dan menyiasat kedudukan kewangannya.