Isu pindah bos PKNS: Pemuda PKR anggap tindakan MB tak wajar

2015-08-14 3

Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pemuda PKR menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengarahkan Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Norita Mohd Sidek dipindahkan serta merta ke pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin keputusan berkenaan tidak wajar kerana kedua-dua pegawai kanan itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan Azmin.