Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan penyokong parti itu yang memijak replika bendera Jepun di hadapan kedutaan berkenaan semalam.
Katanya, beliau bersetuju dengan hak ketua AMK untuk membantah halangan terhadap beliau daripada memasuki negara itu pada 19 Januari lalu, tetapi berpendapat adalah tidak wajar bagi mereka memijak logo bendera Jepun.