Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini memberi amaran kepada semua pemimpin bukan Melayu supaya tidak mempertikaikan agama Islam.
Sambil menamakan Lim Kit Siang secara khusus, Abdul Rani berkata pemimpin veteran DAP itu tidak harus mempersendakan Islam dengan mempertikaikan khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.