Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengelakkan diri daripada menjawap soalan sama ada calon daripada Umno ataupun MCA yang akan mewakili komponen itu pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ini di sebalik beberapa kenyataan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengulangi bahawa Kajang adalah kerusi tradisional MCA dan sepatutnya ditandingi oleh calon dari parti Cina itu.