Sembelih ayam: NGO mahu Majlis Fatwa beri kenyataan

2015-08-14 1

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan - Jihad Untuk Keadilan mahu Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan sama ada mereka bersetuju dengan tindakan sekumpulan NGO yang menyembelih ayam serta melumur darah pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin pembangkang semalam.

Pengerusinya, Thasleem Mohamed berkata tindakan kumpulan yang mendakwa mewakili Islam itu telah menimbulkan keresahan kepada semua pihak termasuk orang Melayu yang beragama Islam.