PAS minta Pusat Zakat dan tiga agensi 'bersihkan' Taib dulu

2015-08-14 0

Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda supaya memastikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud 'bersih' daripada tuduhan rasuah dan salah guna kuasa jika benar Ketua Menteri itu akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Sarawak yang baru.

Sembilan daripada 12 mukasurat memorandum itu menghuraikan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh Taib dengan disertakan laporan media dan pelbagai NGO sebagai bahan bukti.