PAS dakwa Kassim Ahmad hina Islam, mahu tindakan

2015-08-14 10

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar mahu tindakan diambil terhadap Dr Kassim Ahmad kerana didakwa menghina Islam dalam sebuah majlis di Putrajaya semalam.

Katanya, Kassim tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama di negara ini walaupun ajaran 'anti-hadis' beliau telah difatwakan haram sebelum ini.