Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Pengerusi Jihad untuk Keadilan meminta agar seluruh rakyat negara ini supaya bangkit dan membuat laporan polis serta JAKIM terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengakibatkan ketegangan kaum.
Menurut Thasleem, kenyataan ISMA yang dimuat turun di laman web NGO itu meminta agar masyarakat Islam lebih agresif dalam menghadapi kumpulan bukan Islam yang tertentu.