Wakil Rakyat Pakatan Rakyat mendakwa Umno cuba mengekploitasi masalah terputusnya bekalan air di Balakong, Selangor dengan mengagihkan air menerusi lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kepada penyokong BN sahaja.
Malah kata ADUN Balakong Ng Tien Chee ada penduduk yang mengadu kepadanya bahawa masalah air berkenaan sengaja diada-adakan bagi memburuk-burukan Pakatan menjelang pilihan raya kecil Kajang akan datang.