Tok Mufti pun pakai batik sutera, kata PPIM

2015-08-14 21

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar bersuara tentang hukum pemakaian batik sutera tulen di kalangan lelaki.

Aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memutuskan bahawa pemakaian baju sutera adalah haram bagi lelaki.