Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bakal calon PKR DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang angkuh kerana terlalu yakin bahawa pengundi kawasan itu akan mengundi beliau.
Liow sebaliknya berkata, berdasarkan tinjauannya, penduduk Kajang sebenarnya berang dengan Anwar kerana meminta bekas ADUN kawasan itu, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya tanpa sebab.