Hapus bangsa dalam borang: Muhyiddin bersifat terbuka

2015-08-14 6

Jemaah Menteri sedia membincangkan saranan supaya menghapuskan keperluan menamakan bangsa dalam sebarang borang dalam negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, minggu lalu.

Kurup dilaporkan berkata Malaysia perlu mengambil langkah utama ke arah mewujudkan satu identiti kebangsaan tunggal dengan mengeluarkan kategori 'bangsa' dari semua borang-borang rasmi.