NGO dedah salah laku terbaru Taib Mahmud

2015-08-14 2

Sehari sebelum Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan lagi dakwaan salah lakunya.


Kali ini, Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) mendakwa Taib bersama anaknya, Mahmud Abu Bekir terbabit dalam satu perjanjian perniagaan bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpangkalan di Jerman.