Pihak polis yang menyiasat kes pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur yang disimbah car merah Selasa lalu mahu itik yang ditinggalkan dalam sebuah kotak pada hari kejadian diserahkan semula untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun menurut Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, polis tidak menjelaskan sebab di sebalik permintaan itu.