NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' memberi Malaysiakini selama seminggu untuk memohon maaf berhubung laporan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa meninggalkan hobinya iaitu bermain badminton untuk membantu rakyat.
Menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom atau juga dikenali sebagai Ali Tinju, laporan di portal berita bebas itu adalah tidak tepat dan berniat jahat.