Exco S'gor tak luluskan MoU air - PKR

2015-08-14 2

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kesahihan memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan air yang dimeterai oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya tidak telus.

Ini kerana katanya, kandungan MoU ini tidak dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.