Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat mengambil langkah berhati-hati berhubung pertandingan merebut jawatan parti.
Menurut isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, beliau menyerahkan kepada akar umbi parti bagi membuat pilihan untuk menentukan timbalan presiden parti itu pada pemilihan yang akan datang.
Katanya, dalam proses demokrasi, sesiapa pun dibenarkan untuk bertanding mana-mana jawatan yang bersesuaian.